Uncategorized

Aidilfitri: 4.5 juta kenderaan dijangka pulang semula ke ibu negara hari ini

Dijangka berlaku peningkatan aliran luar biasa bermula esok sehingga Ahad

BANGI, 4 Syawal 1443H, Khamis – Kira-kira 4.5 juta kenderaan dijangka memasuki beberapa lebuh raya utama hari ini untuk pulang ke ibu negara sempena sambutan Aidilfitri, Isnin lalu.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1.2 juta pengguna dianggarkan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan.

“Semalam berlaku peningkatan trafik sebanyak 2.65 peratus di seluruh lebuh raya iaitu 3.59 juta dilaporkan mula masuk ke ibu kota.

“Bermula semalam berlaku peningkatan bagi trend pergerakan pulang ke ibu kota,” katanya seperti dipetik akhbar tempatan, hari ini.

Katanya, aliran trafik dalam tempoh empat hari ini belum mencecah 5.5 juta seperti yang berlaku pada 29 April lalu.

“Namun kita jangka akan berlaku peningkatan aliran luar biasa bermula esok sehingga Ahad ini dan JSPT sudah membuat persiapan menerusi Op Lancar dengan koordinasi di setiap kontinjen dan daerah,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button