Berita UtamaDunia

9 hospital Thailand tawar rawatan Long COVID-19

Dikendali perubatan am, jururawat terlatih dan pakar

BANGKOK, 5 Syawal 1443H, Jumaat – Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) akan membuka klinik di sembilan hospital utama untuk rawatan lanjutan – khusus kepada pesakit yang mengalami kesan jangka masa panjang COVID-19.

Klinik berkenaan akan mula beroperasi Isnin depan, kata Setiausaha Tetap BMA, Khacit Chatchavanish.

Katanya, pesakit yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 lebih daripada sebulan dan mengalami kesan jangka masa panjang serta gejala berlarutan akan dirujuk ke klinik berkenaan.

Kesemua pesakit akan diberikan tumpuan kepada rawatan lanjut selain pemantauan terhadap gejala yang dialami.

Klinik berkenaan akan dikendalikan sepenuhnya oleh pengamal perubatan am, jururawat dan pakar.

Bagaimanapun sekiranya keadaan memerlukan, pakar psikiatri dan doktor pakar dalam sistem pernafasan akan ditempatkan di klinik-klinik berkenaan.

Namun kesemua sembilan klinik berkenaan tidak dibuka sepanjang hari sebaliknya hanya seminggu sekali di setiap hospital pada hari dan tempoh masa tertentu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button