Berita Utama

Debat Anwar, Najib di MATIC

Lokasi baharu hasil persetujuan kedua-dua pihak

BANGI, 5 Syawal 1443H, Jumaat – Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) dipilih sebagai lokasi debat perdana antara ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabat kedua-kedua pemimpin berkenaan hari ini, mereka memaklumkan lokasi baharu itu diputuskan hasil persetujuan kedua-dua pihak.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa kedua-kedua pihak bersetuju untuk memilih MATIC sebagai lokasi penganjuran debat tersebut pada 12 Mei 2022, pada jam 9 malam.

“Debat perdana ini akan disiarkan secara langsung oleh media rasmi melalui saluran TV dan media sosial yang akan diumum kemudian.

“Kedua-dua pihak berharap Debat Perdana ini akan berlangsung dengan sempurna minggu hadapan,” katanya.

Sebelum ini, program debat berkenaan dijadual diadakan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM).

Bagaimanapun, Najib baru-baru ini memaklumkan UM tidak bersetuju dengan pilihan dewan, namun debat antaranya dan Anwar akan tetap diteruskan tetapi di lokasi lain.

Kedua-dua tokoh itu akan berdebat berhubung isu Sapura Energy Bhd (SEB) dan isu membabitkan hala tuju negara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button