Berita UtamaDunia

Rakyat Sri Lanka lancar mogok 24 jam

Tuntut kerajaan berundur selepas gagal tangani krisis ekonomi

COLOMBO, 5 Syawal 1443H, Jumaat – Rangkaian bas dan kereta api di Sri Lanka melancarkan mogok selama 24 jam dengan mengosongkan pejabat dan kilang-kilang di seluruh negara.

Mereka menuntut jemaah menteri pentadbiran sekarang meletak jawatan berikutan keadaan ekonomi yang semakin teruk.

Selepas beberapa bulan ketiadaan bekalan elektrik, kekurangan bekalan makanan, bahan api dan bekalan ubat, rakyat terus menderita dan semakin melarat.

Kemarahan orang ramai menuntut  pentadbiran kerajaan berundur selepas kegagalan menangani krisis ekonomi yang paling teruk melanda sejak negara itu mencapai kemerdekaan pada 1948.

Ribuan pekerja melancarkan mogok selama 24 jam bermula semalam yang dianjurkan kesatuan sekerja negara.

Perkhidmatan bas persendirian turut senada dengan menghentikan operasi perkhidmatan mereka manakala pekerja kilang pula mengadakan bantahan di luar bangunan sambil mengibarkan bendera berwarna hitam.

“Kita anggap kesilapan ini disebabkan dasar Presiden yang membawa keadaan ekonomi negara menjadi lebih teruk,” ujar Ketua Kesatuan Pekerja, Ravi Kumudesh.

Tegasnya lagi, pemimpin utama kerajaan perlu bertanggungjawab dan berundur dengan segera.

Sementara itu, Presiden Gotabaya Rajapaksa menegaskan, tidak akan berundur walaupun bantahan semakin memuncak.

Semalam polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah ribuan pelajar yang cuba menyerbu masuk ke bangunan Parlimen.

Krisis ekonomi Sri Lanka bermula sejak pandemik sekali gus menjejaskan ekonomi negara itu.

Lebih menyedihkan hospital-hospital utama di negara itu kekurangan bekalan ubatan penting menyebabkan kerajaan merayu kepada rakyat di luar negara untuk menderma bagi menyelesaikan perkara tersebut. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button