Berita UtamaDunia

Ribuan rakyat Syria tunggu tahanan dibebaskan

Dekri 'pengampunan am' faktor ribuan pelarian pulang negara asal

DAMSYIK, 5 Syawal 1443H, Jumaat – Ribuan rakyat menunggu di luar penjara bagi pembebasan saudara mereka yang ditahan rejim Bashar al-Assad, berikutan pengampunan am yang dikeluarkan Presiden Syria.

Sejak dekri dikeluarkan pada Sabtu – yang memberikan ‘pengampunan am untuk jenayah pengganas yang dilakukan oleh rakyat Syria’ sebelum 30 April 2022, ‘kecuali bagi mereka yang membawa kepada kematian seseorang’ – beberapa ratus tahanan dilapor dibebaskan, setakat ini.

Menurut Kementerian Kehakiman Syria, terdapat lebih ramai yang akan dibebaskan, menyebabkan ribuan rakyat Syria dan keluarga berkumpul di luar penjara di ibu negara, Damsyik dan penjara tentera yang terkenal di Sednaya.

Rejim menegaskan individu yang dibebaskan – kebanyakan mereka menghabiskan masa sekitar sedekad dalam tahanan – adalah tahanan politik dan mereka yang didapati bersalah atas dakwaan ‘keganasan’.

Ia terdiri daripada sesiapa sahaja yang menyatakan kritikan terhadap rejim, kempen untuk hak asasi manusia atau sebahagian daripada mana-mana entiti pembangkang.

Walaupun dekri itu yang paling komprehensif daripada banyak pengampunan lain yang dikeluarkan oleh rejim, bagaimanapun tiada tahanan politik terkemuka dibebaskan setakat ini dan kebanyakannya masih dipercayai telah diseksa dan dibunuh oleh rejim.

Menteri Kehakiman Syria, Ahmed El-Sayed menyifatkan pengampunan kepada akhbar Al-Watan sebagai perdamaian nasional yang komprehensif, yang bukan sahaja meliputi tahanan dan mereka yang bersalah atas ‘keganasan’ di Syria, tetapi juga warga Syria yang sama di luar negara.

Beliau mendakwa, keputusan itu akan menyumbang kepada potensi pulangan ribuan pelarian.

Timbalan Menteri Kehakiman, Nizar Sedkni, juga menyatakan dalam temu bual dengan Agensi Berita Arab Syria (SANA) – yang dikendalikan kerajaan – bahawa pengampunan itu secara automatik akan memasukkan warga Syria di luar negara, mengira mereka layak.

Jaminan pemulangan yang selamat dan rekonsiliasi sedemikian telah dibuat pada tahun sebelumnya, namun sentiasa bercanggah dengan laporan bahawa perkhidmatan keselamatan rejim menyasar, menahan, menyeksa dan sering rakyat yang pulang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button