BANGI, 6 Syawal 1443H, Sabtu – Identiti pemandu Proton Persona yang rentung selepas terbabit kemalangan di Kilometer 19.4 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) berhampiran Napoh, pada Khamis sudah dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, mangsa berusia 30 tahun dikenali sebagai Muhammad Akhimullah Amaran.
Katanya, mangsa bekerja sebagai penjaga stor.
“Mangsa beralamat di Taman Masmuda, Kangar, Perlis.
“Siasatan masih dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam kelmarin, seorang lelaki rentung selepas kereta Proton Persona yang dipandunya terbakar setelah terbabit kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.
Pemandu Proton Persona berkenaan dipercayai tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.