Berita Utama

Kes harian baharu kekal bawah 1,500

Ro/Rt 0.5 diperlukan untuk landaikan lekuk jangkitan

KUALA LUMPUR, 6 Syawal 1443H, Sabtu – Kes harian baharu COVID-19 kekal bawah 1,500 setakat semalam (6 Mei) setelah negara mencatat kes tiga angka pada 3 Mei lepas.

Menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 11:59 malam 6 Mei 2022, sebanyak 1,251 kes harian baharu dilaporkan semalam (6 Mei), meningkatkan kes kumulatif kepada 4,455,364 sementara kes aktif sebanyak 26,099.

Kes harian baharu sebanyak 922 yang direkod pada 3 Mei adalah yang terendah untuk tahun ini setelah angka kes melonjak sehingga lima angka kepada 33,406 pada 5 Mac 2022.

Kes akitf dengan kebolehjangkitan COVID-19 menyusut kepada hanya 31,833 pada hari berkenaan (Selasa) berbanding 311,206 pada 5 Mac 2022.

Kali terakhir Malaysia mencatat kes tiga angka ialah pada 29 Mac 2021 iaitu sebanyak 941 kes dengan kes kumulatif sebanyak 342,885 kes.

 Selepas kes tiga angka pada 3 Meiangka kes harian baharu negara meningkat sedikit kepada empat angka iaitu 1,054 kes (4 Mei) dan 1,278 (5 Mei).  

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (30 April hingga 6 Mei 2022):-

30 April (2,107), 1 Mei (1,503), 2 Mei (1,352), 3 Mei (922), 4 Mei (1,054), 5 Mei (1,278) dan 6 Mei (1,251).

Dengan sebanyak 4,455,364 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 23 daripada 226 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,002,870) dan Mexico (5,740,080).

Dalam kalangan 226 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jerman mencatat kes harian baharu tertinggi semalam sebanyak 86,026 dengan 248 kematian, diikuti Amerika Syarikat 77.116 kes (291 kematian) dan Itali 43,947 kes (125 kematian).

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 6 Mei 2022 menunjukkan sebanyak 24,978 kes (95.7 peratus) dikuarantin di rumah daripada 26,099 kes aktif COVID-19.

Sebanyak 19 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,026 kes (3.9 peratus) di hospital; 37 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 39 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Sebanyak 2,599 kes sembuh dilaporkan pada 6 Mei dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,393,689 kes.

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini kekal bawah paras 1.00. Data untuk Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:- 

30 April ( 0.61), 1 Mei (0.60), 2 Mei (0.62), 3 Mei (0.58), 4 Mei (0.54), 5 Mei ( 0.53) dan 6 Mei (0.52).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 5 Mei 2022 ialah Pulau Pinang (0.76), Melaka (0.75) dan WP Kuala Lumpur (0.72).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro/Rt 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button