Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Sri Lanka darurat lagi kerana krisis ekonomi

Beri kuasa polis tangani protes anti-kerajaan semakin meningkat

COLOMBO, 6 Syawal 1443H, Sabtu – Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa mengisytiharkan semula perintah darurat, ketika bantahan besar-besaran di seluruh negara susulan krisis ekonomi yang berlaku.

Memetik laporan stesen televisyen tempatan, Rajapaksa membuat pengumuman perintah darurat  berkuat kuasa mulai tengah malam Jumaat.

“Langkah itu memberi kuasa menyeluruh kepada pasukan keselamatan untuk kali kedua dalam tempoh lima minggu bagi menangani protes anti-kerajaan yang semakin meningkat,” kata laporan.

Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas pasukan polis cuba menghalang pelajar yang cuba menyerbu Parlimen negara itu dengan gas pemedih mata dan meriam air.

Sri Lanka berdepan situasi tegang susulan tindakan mogok oleh kesatuan sekerja yang menuntut kerajaan  berundur.

Sebagai protes terhadap krisis ekonomi yang melanda negara dan masalah bekalan elektrik yang berpanjangan, penunjuk perasaan telah berkumpul di sekitar kediaman presiden sejak akhir Mac lalu.

Ketegangan dan pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan menyebabkan puluhan orang awam dan pegawai polis cedera, sementara lebih 50 yang lain ditangkap.

Kerajaan mengenakan perintah berkurung di ibu negara Colombo untuk menamatkan protes anti-kerajaan, dan mengenakan darurat pertama pada 1 April, apabila Rajapaksa merujuk protes itu sebagai ‘tindakan keganasan’.

Walaupun keadaan darurat dibatalkan pada 5 April lalu, protes berkenaan masih diteruskan di negara yang mempunyai kira-kira 22 juta populasi penduduk.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button