Berita Utama

Terus pertahan al-Aqsa, Hamas tak gentar ancaman Israel

Tiada tawar-menawar, rakyat Palestin takkan berdiam diri

GAZA, 6 Syawal 1443H, Sabtu – “Ancaman musuh untuk membunuh pemimpin tidak akan menghalang kami daripada mempertahankan tanah dan kesucian, hak untuk kembali serta pembebasan tawanan.”

Demikian tegas Ketua Biro Politik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh selepas tiga peneroka haram Israel terbunuh dan beberapa lain cedera, dalam serangan tikaman yang dipercayai dilakukan seorang pemuda Palestin di kawasan Elad, dekat Tel Aviv.

Selepas operasi itu – yang juga berlaku beberapa jam selepas serangan ganas oleh tentera rejim Zionis dan peneroka ke Masjid al-Aqsa – Israel menggesa pembunuhan pemimpin Hamas.

Dalam satu kenyataan akhbar, Haniyeh menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan berdiam diri sementara sasaran kesucian berterusan bersama-sama memandang rendah terhadap rakyat bahkan perasaan negara Arab dan Islam.

“Al-Aqsa adalah garis merah utama, tidak tertakluk kepada sebarang tawar-menawar dan tidak boleh dibahagi dua.

“Ia adalah masjid Islam semata-mata dan hak sejarah yang tidak boleh dipisahkan untuk negara dan rakyat kita. Ini adalah perjanjian, sumpah dan piagam.

“Rakyat kita akan terus menentang sehingga mencapai matlamat penuh kita,” tegasnya – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button