Berita UtamaDunia

PBB desak batal keputusan usir 1,300 keluarga Palestin

Jejaskan lebih seribu penduduk termasuk 500 kanak-kanak

RAMALLAH, 7 Syawal 1443H, Ahad – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa pihak berkuasa Israel membatalkan keputusan mahkamah untuk mengusir 1,300 rakyat Palestin di Bukit Hebron – meskipun desakan itu akan diendahkan.

Dalam satu kenyataan, Penyelaras Kemanusiaan dan Penempatan PBB di wilayah Palestin yang dicerobohi, Lynn Hastings memberi amaran, keputusan Mahkamah Agung Israel baru-baru ini untuk mengusir penduduk Masafer Yatta di Bukit Hebron Selatan ‘seperti pemindahan secara paksa’.

“Keputusan itu menjejaskan lebih seribu rakyat Palestin, termasuk 500 kanak-kanak, di Tebing Barat yang diduduki dan membenarkan pengusiran penduduk.

“Memandangkan semua remedi undang-undang domestik sudah selesai, masyarakat kini tidak dilindungi dan berisiko untuk dipindahkan,” katanya.

Pada masa sama, beliau memberi amaran bahawa pengusiran sedemikian yang mengakibatkan perpindahan boleh menjadi pemindahan secara paksa.

Katanya, ia bertentangan dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang antarabangsa.

Beliau mengulangi gesaan Setiausaha Agung PBB mengenai Israel untuk menghentikan perobohan dan pengusiran di Wilayah Palestin yang diduduki, selaras dengan kewajipannya mengikut undang-undang antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button