Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Polis siasat video tular anggota trafik iring kenderaan awam

Tiada kompromi dengan pegawai polis yang lakukan salah laku

BANGI, 7 Syawal 1443H, Ahad – Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan terperinci berhubung satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan sambil diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Rakaman video berdurasi 20 saat itu tular di media sosial sejak Sabtu menunjukkan kedua-dua anggota polis berkenaan sedang mengiringi sebuah kenderaan yang dimiliki oleh orang awam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya juga telah membuka satu kertas siasatan tatatertib ke atas dua anggota polis negeri berkenaan.

“Pada Sabtu (semalam), kira-kira jam 8.36 malam, terkesan satu rakaman video yang tular berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun ‘anwarazeez’.

“Rakaman terbabit memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan dan diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik PDRM.

“Kontinjen Pulau Pinang mengesahkan kejadian yang berlaku di Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang. Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi klip video itu yang dimuat naik di laman sosial Facebook, kelihatan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak Ahli Parlimen (MP).

Paparan video berkenaan mendapat kecaman warganet yang tidak berpuas hati dengan individu terbabit yang menggunakan khidmat anggota polis trafik bagi meredah kesesakan jalan raya di Pulau Pinang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button