Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Uncategorized

25 kawasan hotspot banjir kilat di KL

Pelan tindakan segera bernilai RM10 juta dilancar

BANGI, 8 Syawal 1443H, Isnin – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melaksanakan 14 tindakan khusus melalui pelan Tindakan Tebatan Banjir Kilat Kuala Lumpur selepas mengenal pasti 25 kawasan ‘hotspot’ banjir kilat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, pelan tindakan berkenaan akan berpandukan ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (METMalaysia).

“Tindakan khusus akan dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan sehingga Julai depan membabitkan peruntukan sebanyak RM10 juta.

“Ia termasuk memastikan saluran air larian ke longkang tepi jalan, tidak tersumbat atau terhalang, pembersihan itu akan dilakukan setiap hari oleh pasukan khas DBKL.

“Seterusnya menaik taraf saluran masuk air (scupper drain) di semua kawasan ‘hotspot’ dengan melebarkan kawasan itu antara satu hingga dua kaki mengikut keperluan selain memastikan kecerunan saluran dalam keadaan memuaskan,” katanya seperti dipetik akhbar tempatan, hari ini.

Kerja-kerja menaiktaraf bagaimanapun telah dimulakan di beberapa kawasan seperti di Jalan Brunei, Jalan Pudu, Jalan Changkat Tambi Dollah, Hadapan Balai Polis Salak Selatan.

Turut terlibat di Jalan Antoi, jalan Pintasan Segambut, jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Maharajalela dan Bulatan Dato onn.

Mahadi menambah DBKL juga turut menempatkan 100 warden trafik; mengenal pasti laluan lencongan sementara; membina sump baru dan meletakkan guni pasir bermula 6 Mei lalu di kawasan rendah dekat tepi sungai sebelum tembok banjir dibina.

“Selain itu, DBKL turut melaksanakan kerja mengeluarkan kelodak di kolam takungan banjir Lorong Maarof, Jalan Travers dan UM, memastikan tangki On Site Detention (OSD) milik persendirian berfungsi dengan sempurna dan diselenggara baik,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button