Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaIstimewa

Duri dalam daging, Ridhuan Tee gesa kerajaan bersihkan lantikan PH dulu

Jangan beri muka pada ultra kiasu walau 'pakar' perundangan

BANGI, 8 Syawal 1443H, Isnin – Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengesyorkan supaya kerajaan segera membersihkan semua lantikan perkhidmatan yang dibuat Pakatan Harapan (PH) ketika memerintah dahulu.

Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, pemerhati politik itu berkata, mereka ini sangat bahaya dan menjadi duri dalam daging.

“Sejak dahulu lagi, apabila majlis diterajui ultra kiasu, mereka sangat bias dalam tindakan,” katanya.

Pada masa sama, beliau tertanya-tanya berhubung dakwaan pihak tertentu bahawa kerajaan cuba mencampuri urusan kehakiman negara ini.

Prof Ridhuan Tee secara sinis berkata, berbanding ketika PH memerintah, pengurusan tertinggi perkhidmatan awam ditukar, ditamatkan atau dipendekkan perkhidmatan mereka, termasuk kehakiman dan perundangan.

“PH memasukkan orang-orang mereka.

“Paling ketara dan kelakar, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukar. Sanggup mengambil orang luar yang bukan dalam kalangan perkhidmatan awam.

“Sebab itu, kita lihat banyak perkara pelik berlaku. Paling kelakar, pakai lencana dan pakaian SPRM pun tidak tahu, sehingga menjadi bahan ketawa,” katanya.

Berikutan itu, beliau menggesa kerajaan tidak memberi muka kepada ultra kiasu, meskipun mereka mahir dalam selok belok undang-undang.

“Kerajaan mesti bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang meskipun mereka ini ‘pakar’ perundangan.

“Peguam ultra kiasu ini sangat licik, jika isu menyebelahi mereka, mereka akan didiamkan. Jika tidak, heboh satu dunia. Strategi lapok ini telah mereka pakai sejak dahulu. Sebab itu, sukar untuk peguam muslim tembusi menerajui badan ini,” katanya.

Pautan berkaitan;

Hakim juga manusia bukan malaikat

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Back to top button