Artikel Khas

Hakim juga manusia bukan malaikat

Bersihkan lantikan perkhidmatan yang dibuat oleh PH dahulu

SAYA harap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap sekumpulan peguam ultra kiasu yang mahu berdemonstrasi, berjalan demi keadilan, kononnya, mahu memberikan ingatan kepada kerajaan agar tidak campur tangan dalam sistem kehakiman negara.

Tertanya-tanya juga, sejak bila pula kerajaan yang terdiri daripada PM dan Kabinetnya cuba mencampuri urusan kehakiman negara kita ini. Kenyataan mereka jelas, tidak akan mencampuri urusan tersebut, biarkan ia bebas.

Berbanding ketika PH memerintah, habis pengurusan tertinggi perkhidmatan awam ditukar atau ditamatkan/dipendekkan perkhidmatan mereka, termasuk kehakiman dan perundangan. PH memasukkan orang-orang mereka.

Paling ketara dan kelakar, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukar. Sanggup mengambil orang luar yang bukan dalam kalangan perkhidmatan awam. Sebab itu, kita lihat banyak perkara pelik berlaku. Paling kelakar, pakai lencana dan pakaian SPRM pun tidak tahu, sehingga menjadi bahan ketawa.

Kini, SPRM kembali kepada orang asal, diterajui oleh orang dalam SPRM sendiri. Hanya kerana SPRM mahu menjalan siasatan terhadap laporan ‘salah laku’ hakim, maka dikatakan kerajaan ada campur tangan.

Peguam ultra kiasu protes, mahu berjalan demi keadilan, sebagai tindak balas kerajaan membenarkan SPRM menyiasat adanya laporan mengenai ‘salah laku’ seorang hakim. Sedangkan SPRM bertindak dalam ruang lingkup kuasa mereka berhubung laporan yang dibuat.

Jika nak berjalan, pergilah berjalan, tiada siapa halang. Kalau boleh berjalan jauh sikit, 10 km ke atas. Baru pro. Tetapi ingat, jangan ganggu orang lain.

Biarkanlah SPRM buat siasatan. Apa yang ditakutkan jika tidak bersalah. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Persoalannya, adakah hakim ini golongan yang tidak boleh disentuh? Adakah para hakim kebal daripada godaan nafsu dunia?

Bagaimana pula juga jika terdapat hakim yang tewas dengan dugaan duniawi, seperti dalam drama bersiri Korea, the devil judge?

Apakah peguam ultra kiasu ini sudah buta mata hatinya?

Dalam kenyataan ketua peguam ultra kiasu ini, demonstrasi tersebut penting demi memelihara kebebasan kehakiman dan mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman sebagai institusi yang sangat diperlukan untuk kedaulatan undang-undang.

Peguam ultra kiasu itu juga berkata, EGM turut akan datang akan membincangkan kemungkinan pilihan yang tersedia untuk badan ultra kiasu tersebut.

Badan ultra kiasu ini mahu menjalankan tugas berkanunnya di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 untuk menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih. Jangan ada lagi percubaan untuk melemahkan badan kehakiman seperti yang dilakukan semasa salah satu waktu paling gelap pada tahun 1988.

Siapa nak halang tugas kamu, selagi kamu berada dalam landasan benar, dan tidak bias ultra kiasu? Masalahnya, sikap bias kamu sangat jelas.

Saya harap pihak berkuasa bertindak dan menangkap mereka, jika perjalanan mereka mengganggu ketenteraman awam, walaupun saya galakkan mereka berjalan 10 km.

Jangan beri muka kepada ultra kiasu, meskipun mereka ini mahir dalam selok belok undang-undang. Kerajaan mesti bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang meskipun mereka ini ‘pakar’ perundangan.

Peguam ultra kiasu ini sangat licik, jika isu menyebelahi mereka, mereka akan didiamkan. Jika tidak, heboh satu dunia. Strategi lapok ini telah mereka pakai sejak dahulu. Sebab itu, sukar untuk peguam Muslim tembusi menerajui badan ini.

Badan peguam ultra kiasu ini, seolah-olah lupa bahawa SPRM juga yang menyiasat kes Najib Razak yang membawa kepada sabitan ‘kesalahannya’. Ultra kiasu ini sangat seronok bila Najib Razak disabitkan.

Sekarang, hanya kerana dakwaan dibuat terhadap hakim yang sama yang telah mensabitkan Najib Razak. Majlis ultra kiasu seperti cacing kepanasan.

Bayangkan, jika hakim ini juga yang membebaskan Najib Razak daripada segala pertuduhan, adakah majlis ultra kiasu ini benar-benar akan membela dan mahu berjalan untuknya?

Sejak dahulu lagi, apabila majlis diterajui ultra kiasu, mereka sangat bias dalam tindakan. Sebab itulah, strategi perlu diaturkan untuk peguam-peguam Muslim mengambalih majlis ini, atau tubuh satu majlis yang serupa untuk menandingi mereka. Jika tidak, huru hara sistem perundangan kita.

Persoalan yang ditimbulkan oleh bekas ketua hakim negara, Tun Hamid, ada justifikasinya, sekiranya hakim kontroversi tersebut membebaskan Najib adakah Majlis ultra kiasu ini akan bertindak dan mengeluarkan kenyataan yang sama?

Sebab itu, sukar untuk kita mempercayai segelintir peguam ultra kiasu hari ini? Mereka ada agenda tersendiri, terutama dalam memastikan ultra kiasu kembali berkuasa?

Sebab itulah saya mohon pihak kerajaan supaya segera membersihkan semua lantikan perkhidmatan yang dibuat oleh PH dahulu. Mereka ini sangat bahaya dan menjadi duri dalam daging.

Saya ingin ingatkan bahawa hakim-hakim ini juga manusia, mereka bukan malaikat. Hakim juga ada nafsu seperti kita. Hakim juga akan kelabu mata, jika ada lambakan wang di depan mata.

Hakim-hakim juga sama seperti kita kencing berak sama. Tahi Hakim tetap busuk seperti kita, tidak ada tahi hakim yang wangi.

Sekali lagi persoalan Tun Hamid benar, daripada mempersoalkan SPRM, tidakkah lebih baik membiarkan SPRM meneruskan dan menyelesaikan siasatan?

Jika tidak ada apa-apa yang boleh diragukan, maka bebaslah hakim tersebut. Bersihlah dia, kembali menjadi ‘malaikat’. Namun, jika ada dan boleh disabitkan, kenalah ambil tindakan. Sebab mereka ini bergelar hakim, menerima gelaran Yang Arif.

Perkara ini juga penting sebagai pengajaran kepada sistem perundangan dan kehakiman, dalam memastikan mereka yang menjaga keadilan, benar-benar jujur, amanah dan takut kepada Tuhan ketika menjatuhkan hukuman. Teramat penting, hakim percaya ada kuasa lain juga yang akan menghakimi mereka, meskipun bergelar Yang Arif, dalam memastikan tidak ada lagi hakim yang terjebak dalam konflik berkepentingan

Gelaran Yang Arif itu perlu disanjung dan dijunjung. Tetapi kena ingat, kita hanya manusia biasa, kena percaya di luar sana ada Yang Maha Arif. Itulah Pencipta kita. Kita hanya Yang Arif, bukan Maha Arif.

Teramat bahaya dalam sistem kehakiman negara jika hakim turut tergoda dengan habuan dunia yang pasti akan menjejaskan penghakimannya

Cerita bersiri Korea the devil judge, sepatutnya dijadikan iktibar, bahawa hakim juga tidak mustahil, akan khilaf dalam tindakannya, terikut dengan kehendak hawa nafsu, kerana mereka juga adalah manusia seperti kita.

Akhirnya, seruan saya, sudah sampai masanya peguam Muslim turun setiap tahun AGM untuk memilih ketua Majlis Peguam baharu daripada diterajui ultra kiasu.

Jika dibiarkan peguam ultra kiasu ini bermaharajalela dibimbangi, ia akan merosakkan sistem perundangan negara kita ini.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button