Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Perdana Menteri Sri Lanka letak jawatan

Beri peluang bentuk kerajaan perpaduan baharu

COLOMBO, 8 Syawal 1443H, Isnin – Selepas bantahan rakyat besar-besaran, Perdana Menteri Sri Lanka, Mahindra Rajapaksa akhirnya akur dan meletakkan jawatan.

Peletakan jawatan dibuat beberapa jam selepas puluhan rakyat dikejarkan ke hospital apabila penyokong Pro-Rajapaksa yang bersenjatakan kayu menyerang penunjuk perasaan.

Jurucakap Rajapaksa, Rohan Wewiwita berkata, Perdana Menteri yang berusia 76 tahun itu menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden Gotabaya Rajapaksa.

Peletakan jawatan dilihat membuka jalan bagi membentuk kerajaan perpaduan baharu.

“Saya meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta supaya boleh melantik kerajaan pelbagai parti untuk membimbing negara keluar daripada krisis ekonomi semasa,” kata perdana menteri dalam surat tersebut.

Terdahulu, pertempuran terbesar sejak permulaan krisis meletus di Colombo apabila penyokong Rajapaksa mengamuk, memaksa polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.

Beberapa hari lalu, kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat dan melaksanakan perintah berkurung serta-merta di Colombo, yang kemudian diperluaskan seluruh negara kepulauan Asia Selatan yang mempunyai 22 juta penduduk itu.

Sementara itu jurucakap Hospital Nasional Colombo memaklumkan sehingga kini lebih 70 orang cedera dan dikejarkan ke hospital. – Agensi

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2022/05/07/sri-lanka-darurat-lagi-kerana-krisis-ekonomi/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button