Berita UtamaDunia

Raja Arab Saudi dimasukkan ke hospital

Raja Salman dalam keadaan baik, dinasihat doktor berehat di hospital

RIYADH, 8 Syawal 1443H, Isnin – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud menjalani ujian kolonoskopi di Hospital Pakar King Faisal Jeddah.

Agensi Akhbar Saudi (SPA) milik kerajaan pada Ahad melaporkan, Raja Salman dimasukkan ke hospital pada Sabtu.

Katanya, Raja Arab Saudi dalam keadaan baik dan doktor memutuskan baginda harus tinggal di hospital untuk berehat.

“Semoga tuhan memelihara penjaga dua masjid suci dan baginda dapat menikmati kesihatan dan kesejahteraan,” kata kenyataan awal dari Mahkamah Diraja Arab Saudi.

Kerajaan Arab Saudi lazimnya berusaha untuk menutup sebarang spekulasi berkaitan kesihatan pemerintah berusia 86 tahun itu, yang memerintah negara pengeksport minyak terkemuka dan ekonomi terbesar dunia Arab sejak 2015.

Raja menjalani pembedahan pundi hempedu pada 2020 dan telah menggantikan bateri perentak jantungnya pada Mac.

Pada 2017, Arab Saudi membidas laporan dan spekulasi memuncak bahawa Raja Salman bercadang untuk menuruni takhta dan memilih anak lelakinya, Raja Muda Mohammed Salman, sebagai pemerintah de facto negara itu.

Di bawah pemerintahannya, Arab saudi melancarkan banyak pembaharuan ekonomi bagi era pasca minyak dan memberikan lebih banyak hak kepada golongan wanita. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button