Berita UtamaDunia

Perang Ukraine-Russia: Iran gesa rakyatnya tinggalkan Republik Moldova

Ketegangan makin memuncak hingga bahayakan penduduk

TEHRAN, 9 Syawal 1443H, Selasa – Kedutaan Iran di Ukraine mengeluarkan amaran kemungkinan perang di negara itu akan merebak sehingga ke negara jiran, Republik Moldova.

Tindakan itu sekali gus menggesa rakyat yang berada di negara itu meninggalkan wilayah itu demi keselamatan.

Amaran dikeluarkan selepas ketegangan semakin memuncak di wilayah Transnistria, Maldova menyebabkan situasi membahayakan penduduk di kawasan berkenaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan kedutaan republik Islam, pihaknya meminta semua rakyat Iran di Moldova, Transnistria meninggalkan negara tersebut serta merta dan kembali ke tanah air dengan segera atau mencari kedudukan yang lebih selamat.

“Memandangkan keadaan perang di Ukraine semakin tegang dan kemungkinan akan merebak ke Transnistria di Republik Modlova, semua rakyat Iran yang menetap di wilayah tersebut diminta meninggalkan kawasan secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, pihak berkuasa Moldova meluahkan kebimbangan dengan keadaan di Transnistria, kawasan yang bersempadan di barat daya Ukraine, selepas Russia menyerang Ukraine sejak 24 Februari lalu.

Peperangan yang berlaku antara Russia- Ukraine telah mengorbankan ribuan penduduk tidak bersalah selain memusnahkan pelbagai harta benda serta menjejaskan emosi rakyat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button