Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Undang-undang pakai burqa dibantah wanita Afghanistan

Penjawat awam wanita boleh dipecat jika tak patuhi kod pakaian

KABUL, 9 Syawal 1443H, Selasa – Langkah kerajaan Taliban menguatkuasakan pemakaian burqa ke atas wanita Afghanistan mendapat tentangan sebahagian daripada mereka yang berhimpun di Kabul hari ini bagi membantah keputusan itu.

Terdahulu, pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada meluluskan dekri melarang wanita meninggalkan rumah mereka tanpa memakai burqa – pakaian yang menutup mereka dari kepala hingga kaki.

Dalam dekri itu, mana-mana pakaian yang menutup badan wanita boleh diterima dengan syarat ia tidak ketat atau nipis hingga mendedahkan tubuh.

Undang-undang itu turut dikenakan kepada remaja perempuan yang sudah akil baligh berusia antara 10 hingga 13 tahun.

Namun, langkah itu dibantah sebahagian golongan wanita di Afghanistan yang turun ke jalanan sebagai protes kepada keputusan Taliban berkenaan.

Laungan ‘keadilan’ jelas disebut oleh penunjuk perasaan, selain menyifatkan pemakaian burqa bukanlah tudung buat mereka.

Bagaimanapun, perarakan yang dilakukan secara singkat itu dihentikan oleh Taliban, selain wartawan turut dihalang untuk melaporkan protes berkenaan.

Bukan hanya isu burqa, dekri Akhundzada yang mengarahkan wanita kekal di rumah jika tiada urusan penting di luar juga mencetuskan kecaman antarabangsa.

Akhundzada juga mengarahkan pihak berkuasa memecat penjawat awam wanita yang tidak mematuhi kod pakaian baharu, dan menggantung pekerja lelaki jika isteri atau anak perempuan mereka gagal mematuhinya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button