Berita Utama

MN: PAS tiada masalah teruskan kerjasama dengan UMNO

Matlamat penyatuan ummah, selain kukuhkan politik Melayu

BANGI, 10 Syawal 1443H, Rabu – PAS tidak mempunyai masalah untuk meneruskan kerjasama politik dengan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN).

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Sanusi Md Nor berkata, parti itu sehingga kini masih berpegang dengan keputusan pimpinan tertinggi dan Majlis Syura.

“PAS tiada masalah dengan UMNO jika UMNO ada masalah mereka perlu selesaikan kerana PAS tiada ada masalah.

“Kita semua masih berpegang kepada keputusan dibuat kepimpinan Majlis Syura dan konsisten dan tiada perubahan di mana Perikatan Nasional (PN) kita mahu MN pun kita mahu.

“Semuanya bertujuan untuk mengukuhkan MN dan Perkasakan PN bagi kuatkan semula politik Islam dan Melayu di negara ini,” katanya seperti dipetik akhbar tempatan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberi bayangan mustahil MN diteruskan.

Sanusi berkata, matlamat PN dan MN adalah penyatuan ummah selain mengukuhkan politik Melayu.

“Jadi ‘ubat’ kepada isu ini adalah memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama Islam,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Sanusi menjelaskan kerjasama PN dan MN diyakini mampu mengukuhkan perpaduan umat Islam dan Melayu berikutan kedua-dua memiliki matlamat dan kepentingan yang sama

“Apapun alasan diberikan pihak lain untuk menolak gagasan ini, PAS tetap mahu mengajak mengukuhkan perpaduan umat Islam.

:…ini kerana kuasa politik Melayu perlu menjadi dominan berdasarkan komposisi kaum dan sejarah latar belakang negara ini.

“Jadi ketepikanlah kepentingan diri, peribadi, kelompok dan mazhab kerana kita perlu memperkukuhkan kuasa politik,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button