Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Artikel Khas

PEMBELA akan terus usaha bantu JAKIM agenda perundangan syariah

Daulat dan perkukuhkan Islam di Malaysia dari pelbagai aspek

ALHAMDULILLAH, saya dan rakan-rakan telah membentang dan menyerahkan kertas kerja cadangan penaiktarafan Mahkamah Syariah kepada JAKIM, yang dihadiri sendiri oleh Ketua Pengarah JAKIM iaitu Datuk Hakimah.

Kertas kerja ini merupakan susulan Konvensyen Perundangan yang PEMBELA anjurkan pada 30 Mac 2022 yang lalu di mana pemegang-pemegang taruh dari pelbagai institusi agama, peguam, akademik dan gerakan sivil terlibat secara strategik.

Mungkin ada yang bertanya, apa bezanya dengan pelan kerajaan mengenai mahkamah syariah, bukankah sudah banyak?

Kertas kerja ini berbeza kerana ianya mengambil kira pelbagai perspektif dan faktor yang kami rasakan kerajaan terlepas pandang yang akhirnya membataskan pelbagai perkara apatahlagi dengan situasi politik muktakhir ini.

Alhamdulillah, kami melihat Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah sangat komited untuk bekerjasama dengan gerakan sivil seperti PEMBELA di mana beliau sendiri hadir sebagai panel dalam konvensyen tersebut.

InsyaAllah, PEMBELA yang merupakan gabungan NGO-NGO Islam yang punyai visi yang sama iaitu membela Islam, akan terus berusaha membantu JAKIM selaku badan perlaksana dan penyelaras di peringkat persekutuan khususnya berkenaan agenda Perundangan Syariah.

InsyaAllah, banyak lagi kerja kita yang belum selesai demi mendaulat dan memperkukuhkan Islam di Malaysia ini dari pelbagai aspek, yang paling utamanya adalah Perundangan Syariah.

Mohon doakan agenda yang kami bentangkan ini dapat direalisasikan dan menjadi asbab untuk kita semua menikmati pengamalan Islam yang lebih mantap seterusnya dimasukkan ke Syurga Allah. InsyaAllah.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
11 Mei 2022

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button