Berita UtamaDunia

Qatar kecam pembunuhan wartawan Al-Jazeera di Tebing Barat

Tentera Israel tembak di bahagian muka ketika sedang memakai jaket media dan topi keledar

ANKARA, 10 Syawal 1443H, RabuKementerian Luar Qatar pada Rabu mengecam pembunuhan seorang wartawan kanan Al Jazeera oleh tentera Israel di Tebing Barat yang dicerobohi, lapor Agensi Anadolu.

Wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh, 51, ditembak mati di bandar Jenin. Seorang lagi wartawan, Ali Al-Samoudi, ditembak di belakang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

“Penceroboh Israel membunuh wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh dengan menembaknya di muka  ketika beliau memakai jaket media dan topi keledar,” ciap Pembantu Menteri Luar, Lolwah Alkhater di Twitter.

Alkhater menegaskan bahawa wartawan Akleh sedang membuat liputan serangan Israel ke atas kem pelarian Jenin apabila wartawan wanita itu dibunuh.

“Keganasan yang didokong negara Israel ini mesti dihentikan, sokongan tanpa syarat kepada Israel mesti ditamatkan,” tambahnya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button