Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Sekarang masa terbaik PRU15, UMNO mahu tawan Putrajaya

Jika UMNO menang, Melayu menang: Tok Mat

BANGI, 10 Syawal 1443H, Rabu – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan sekarang masa sesuai mengadakan Pilihan Raya Umum berikutan UMNO berada di kedudukan terbaik dan bersedia ke arah itu.

Bagaimanapun katanya, keputusan pembubaran kini terletak di tangan Perdana Menteri yang akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

“Itu keputusan Perdana Menteri kerana kita faham beliau ada pertimbangannya sendiri. Mungkin beliau akan menunggu sehingga memorandum persefahaman (MoU) di antara kerajaan dan pembangkang tamat 31 Julai ini.

“Perdana Menteri sudah membuat janji dan beliau sudah pasti mahu menunaikannya,” katanya seperti dipetik Berita Harian, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Wacana Aspirasi UMNO di Menara Dato Onn.

Mohamad memberi jaminan untuk parti berada dalam keadaan kukuh dan bukan dalam keadaan berpecah belah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Sebagai orang yang diberikan kepercayaan bersama presiden, saya tidak akan benarkan parti ini menghadapi pilihan raya dalam keadaan kucar-kacir.

“Sebaliknya saya akan pastikan UMNO berdepan pilihan raya umum dalam keadaan mantap sebagai satu pasukan dan menang,” katanya.

Tegas bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, selepas menang pilihan raya nanti, sesiapa saja boleh menawarkan diri bertanding merebut jawatan dalam parti tersebut.

“Apa yang penting sekarang UMNO mahu menawan semula Putrajaya. Jika UMNO menang, Melayu menang.

“Selepas menang, siapa nak bertanding lawan presiden, timbalan presiden dan jawatan lain silakanlah,” katanya.

Beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak mengulangi kesilapan lama menyebabkan UMNO hilang kuasa.

“Jika UMNO kalah PRU-15, maka akan jadi sebagaimana dalam tempoh 22 bulan yang mana orang Melayu menjadi terhina dan ‘pedagang’ di negaranya sendiri,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button