Berita UtamaDunia

Shanghai masih sekatan ketat meski capai ‘sifar COVID-19’

Separuh daripada 16 daerah di bandar tiada kes 3 hari berturut-turut

SHANGHAI, 10 Syawal 1443H, Rabu – Separuh daripada bandar Shanghai kini mencapai status ‘sifar COVID-19’ namun pihak berkuasa masih berjaga-jaga dan terus mengekalkan sekatan tanpa kompromi.

Separuh daripada 16 daerah di bandar telah mencapai status sifar kes selepas tidak merekodkan sebarang kes selama tiga hari berturut-turut.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Shanghai, Zhao Dandan berkata, walaupun telah mencapai status membanggakan apabila tiada kes direkodkan namun belum tiba masanya untuk pihak berkuasa mengurangkan sekatan.

“Kita masih menyedari keadaan semasa masih tidak stabil dan risiko ke arah pemulihan perlu diteruskan,” katanya menerusi sidang media secara maya.

Sementara itu, di Beijing hanya merekodkan 37 kes baharu semalam yang merupakan kes paling rendah sejak 26 April lalu.

Sekatan di seluruh negara itu memberi kesan besar kepada perkembangan ekonomi China sekali gus meninggalkan kesan psikologi kepada banyak pihak.

Sementara itu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menyifatkan dasar toleransi sifar COVID-19 di China sebagai langkah tidak mampan.

Katanya, pihak berkuasa China perlu menukar pendekatan dalam usaha menangani wabak berkenaan

Bagaimanapun pandangan Tedros itu disekat daripada platform Weibo sejurus selepas mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kemarahan rakyat China. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button