Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Tarikh peperiksaan STPM dipinda ke tarikh baharu

Jadual telah dikemaskini, boleh dimuat turun melalui portal MPM

PUTRAJAYA, 10 Syawal 1443H, Rabu – Tarikh peperiksaan Semester Tiga dan ulangan Semester Dua Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021 masing-masing dipinda kepada tarikh baharu.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan tarikh asal Semester Tiga STPM iaitu 18, 19, 24, 25, 26 Mei dipinda kepada 25, 26 Mei dan 13, 14, 15 Jun 2022.

Manakala bagi peperiksaan ulangan Semester Dua STPM, yang bertarikh asal pada 13, 14, 15, 16 Jun dipinda kepada 16, 20, 21, 22 Jun 2022.

Menurut MPM, kalendar Peperiksaan STPM Kohort 2021, Jadual Waktu Peperiksaan Semester Tiga STPM 2021 dan Jadual Waktu Peperiksaan ulangan Semester Dua

STPM 2021 telah dikemas kini pada 9 Mei dan boleh dimuat turun melalui portal MPM di www.mpm.edu.my.

“Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, MPM melalui e-mel [email protected] atau melalui telefon di talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button