Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

PBB pertimbang siasatan kemungkinan jenayah perang di Ukraine

1,000 mayat ditemui setakat ini di wilayah Kyiv

GENEVA, 11 Syawal 1443H, Khamis – Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis bakal memutuskan sama ada akan melancarkan siasatan terhadap dakwaan serangan oleh tentera Russia di kawasan Kyiv yang dikatakan oleh Ukraine sebagai jenayah perang.

Resolusi yang dibawa oleh Ukraine dan disokong oleh lebih 50 negara lain akan memberi mandat kepada suruhanjaya siasatan yang baharu dibentuk bagi menyiasat kejadian di kawasan sekitar Kyiv, dipegang sementara oleh tentera Russia.

Suruhanjaya itu akan menyediakan laporan pada awal tahun depan.

“Kawasan-kawasan…yang berada di bawah pendudukan Russia pada akhir Februari dan Mac telah mengalami pencabulan hak asasi manusia yang paling mengerikan di benua Eropah dalam beberapa dekad,” Timbalan Menteri Luar Pertama Ukraine, Emine Dzhaparova memberitahu majlis itu.

Jurucakap Misi Russia ke PBB di Geneva tidak memberikan ulasan segera mengenai kemungkinan penyiasatan jenayah perang.

Russia menafikan menyasarkan orang awam dan menggelar tindakannya di Ukraine sejak 24 Februari sebagai ‘operasi ketenteraan khas’ untuk melucutkan senjata negara itu, dan menyingkirkannya daripada apa yang dikatakan oleh Kremlin sebagai nasionalisme anti-Russia yang didorong oleh negara Barat.

Ukraine dan negara Barat berkata, Russia melancarkan perang pencerobohan tanpa provokasi.

Pada sesi sama, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet berkata, terdapat banyak contoh kemungkinan jenayah perang di negara itu sejak pencerobohan Russia, mengatakan bahawa 1,000 mayat ditemui setakat ini di wilayah Kyiv.

Puluhan negara menyokong resolusi itu, yang juga akan meminta Bachelet untuk memberi maklumat terkini pada sesi Jun mengenai pelanggaran di bandar pelabuhan Mariupol yang dikepung Russia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button