Berita UtamaDunia

Hamas, Hezbollah bincang situasi terkini di Palestin

Ketegangan memuncak di Tebing Barat ekoran serbuan berterusan Israel

GAZA,27 Syaaban 1444H, Isnin – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengadakan perbincangan dengan kumpulan Hezbollah Lubnan mengenai perkembangan di Palestin.

Delegasi Hamas diketuai Timbalan Ketua Politik, Saleh Al-Arouri mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Hezbollah, Hassan Nasrallah di Lubnan.

Kedua-dua pihak membincangkan secara serius mengenai perkembangan terkini di Palestin, terutama di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang sering menjadi mangsa keadaan negara haram Israel.

Mesyuarat diadakan semalam ketika ketegangan sedang memuncak di Tebing Barat sejak kebelakangan ini, ekoran serbuan berterusan di beberapa kawasan Palestin.

Protes besar-besaran berlaku di Israel sejak dua bulan lalu apabila puluhan ribu rakyatnya membantah rombakan kehakiman yang dirancang Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Setakat tahun ini, lebih 90 rakyat Palestin menjadi mangsa korban Israel, manakala 14 rakyat Israel terbunuh dalam beberapa serangan berasingan dalam tempoh sama. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button