Berita Utama

Debat Anwar-Najib berlangsung aman, tanpa provokasi

Dihadiri kira-kira 400 orang termasuk ahli akademik

KUALA LUMPUR, 12 Syawal 1443H, Jumaat – Debat Perdana antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membincangkan hal berkaitan Sapura Energy Bhd (SEB) dan isu masa depan negara malam ini berjalan lancar.

Bermula tepat 9 malam, program yang berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini dihadiri kira-kira 400 orang termasuk tokoh politik, ahli korporat, pakar ekonomi, ahli akademik, mahasiswa selain penyokong kedua-dua pemimpin.

Debat itu merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian pertama berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas SEB sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak.

Bahagian kedua berkisar tentang ‘Masa Depan Malaysia’ yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara dan bahagian ketiga dikhususkan untuk sesi soal jawab.

Bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku, pemeriksaan keselamatan yang ketat dibuat ke atas penonton yang hadir sebelum memasuki dewan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button