Berita UtamaDunia

Pesawat terhempas di Cameroon, tiada mangsa selamat

Media tempatan kaitkan punca nahas berpunca daripada puting beliung

YAOUNDE, 12 Syawal 1443H, Jumaat – Tiada mangsa terselamat ditemui selepas sebuah pesawat kecil yang membawa 11 orang terhempas di hutan di wilayah Pusat Cameroon pada Rabu, lapor Xinhua, memetik media rasmi CRTV.

Menurut pegawai Akbert Nagan dari Sanaga di wilayah tengah, tiada mangsa terselamat ditemui di bahagian Bibey, ciap CRTV di Twitter petang Khamis.

Pesawat dengan sembilan penumpang dan dua anak kapal itu dalam perjalanan dari ibu kota Yaounde ke stesen pam di Dompta di wilayah Utara negara itu, apabila ia terputus hubungan dengan kawalan trafik udara, menurut kenyataan media Syarikat Pengangkutan Minyak Cameroon.

Mangsa adalah pekerja syarikat minyak yang menyelenggara saluran paip hidrokarbon antara Cameroon dan Chad yang berjiran.

Media tempatan mengaitkan punca nahas itu berpunca daripada puting beliung. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button