Berita Utama

DAP cakap tak serupa bikin!

Kenapa perlu ada logo DAP jika itu sumbangan kerajaan?

BANGI, 7 Safar 1445H, Khamis – “Dulu DAP marah bila Barisan Nasional (BN) bagi bantuan letak logo BN, sekarang DAP sendiri yang buat. Mana prinsip DAP?

“Atau memang DAP pun sama macam BN juga, cakap tak serupa bikin.”

Demikian tempelak Perunding Kanan Politik dan Perundangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya mengulas reaksi Nga Kor Ming berhubung isu logo parti DAP pada replika cek sumbangan Kerajaan Pusat kepada beberapa buah sekolah di Perak.

Sebelum ini, Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP menyifatkan logo parti pada replika cek sumbangan kepada beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) – yang mencetuskan kritikan – bukan isu.

Menurutnya, yang penting sekolah berkenaan mendapat manfaat.

Lantaran itu, Haji Aminuddin mengingatkan parti berkenaan bahawa tidak semua pelajar dan guru di sekolah itu penyokong DAP.

“Tidakkah ini merupakan satu penghinaan kepada mereka?

“Persoalannya ialah kenapa perlu ada logo DAP jika duit itu duit kerajaan? Kena ingat duit kerajaan itu duit semua orang bukan duit orang DAP, walaupun DAP menerajui kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau mempersoalkan sama ada isu itu sebagai kempen politik DAP susulan Pilihan Raya Kecil (PRK) dilihat semakin hampir.

“Adakah DAP menyalahguna duit dan institusi awam untuk kempen kepada parti?

“Mana tatakelola dan ‘good governance’ yang dilaung-laungkan oleh PMX dan konco-konconya selama ini, apatah lagi apabila terkena pada geng sendiri?

“Ini baru satu contoh, ada banyak lagi isu tatakelola yang sudah ke laut dan akan ada lebih banyak ke laut,” katanya.

Pautan terdahulu;

Fungsi kerajaan boleh terjejas jika ‘sibuk’ tonjol parti

Jangan jadi bodoh! Apa kaitan logo DAP-PH dalam replika cek kerajaan?


https://ismaweb.net/2023/08/23/sumbangan-kerajaan-patut-profesional-jangan-guna-logo-parti/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button