Berita UtamaDunia

Presiden Filipina arah tangkap individu ingkar perintah ‘duduk rumah’

Ketua kampung diberi kuasa pantau penduduk tidak vaksin

MANILA, 4 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan individu yang tidak mengambil suntikan vaksin ditahan sekiranya ingkar perintah tinggal di rumah dalam usaha membendung jangkitan COVID-19.

Arahan berkenaan dikeluarkan kepada ketua kampung untuk memantau pergerakan individu yang tidak divaksin supaya terus kekal berada di rumah.

“Oleh kerana situasi mendesak, saya menggunakan kuasa yang ada menangkap mereka yang berkeliaran di luar rumah khususnya yang tidak mendapat vaksin,” katannya.

Duterte menegaskan, beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap rakyat terutama melibatkan isu keselamatan dan nyawa.

Mengikut undang-undang sedia ada, individu yang tidak divaksin, tidak dibenarkan keluar dari rumah kecuali bagi tujuan penting sahaja.

Kerajaan terpaksa mengetatkan sekatan di Manila dan beberapa wilayah lain berikutan jumlah jangkitan meningkat tiga kali ganda.

Kementerian Kesihatan memaklumkan jangkitan harian COVID-19 di Filipina mencapai tahap tertinggi sejak 26 September lalu dengan 17,220 kes semalam termasuk jangkitan varian Omicron.

Angka itu adalah lebih tiga kali ganda berbanding rekod sebelum ini yang mencatatkan jumlah kumulatif lebih 2.88 juta jangkitan termasuk 51,700 kematian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button