Berita UtamaDunia

Kebakaran di New Delhi : Polis tahan dua pemilik syarikat

Kedua suspek disyaki langgar peraturan keselamatan

NEW DELHI, 13 Syawal 1443H, Sabtu – Polis New Delhi menahan dua suspek yang disyaki melanggar peraturan keselamatan kebakaran sehingga mengorbankan 27 mangsa.

Kebakaran berlaku di sebuah bangunan yang menempatkan unit pembuatan kamera pengawasan.

Pasukan penyelamat bertugas semalaman bagi membersihkan bangunan empat tingkat yang terbakar berhampiran stesen kereta api di pinggir bandar barat.

Lebih 75 orang berada di dalam bangunan itu ketika kebakaran berlaku pada petang Jumaat.

Menurut saksi, ada mangsa yang melompat dari tingkap untuk menyelamatkan diri.

Katanya, anggota bomba memecahkan kaca dan menyelamatkan mangsa dengan tali.

Pihak berkuasa berkata, kebakaran bermula di sebuah pejabat di tingkat satu dan merebak dengan pantas.

Dua pemilik syarikat ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan untuk mengenal pasti pelanggaran peraturan keselamatan yang disyaki.

Sambil merakamkan ucapan takziah, Perdana Menteri, Narendra Modi menjanjikan 200,000 rupee (RM11,351.66) sebagai pampasan untuk waris mangsa. – Agensi

Pautan terdahulu:

27 maut bangunan 4 tingkat di India terbakar

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button