Dunia

27 maut bangunan 4 tingkat di India terbakar

Kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas

NEW DELHI, 13 Syawal 1443H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 27 maut dan puluhan yang lain cedera dalam kebakaran yang berlaku di sebuah bangunan di ibu negara India, semalam.

Kebakaran besar itu berlaku di sebuah bangunan kompersial empat tingkat di barat New Delhi petang semalam, namun sehingga kini punca kejadian masih belum diketahui.

“27 mayat ditemukan rentung dalam kebakaran itu, sementara puluhan yang lain cedera dan sedang menerima rawatan,” kata jurucakap Perkhidmatan Bomba New Delhi, Satpal Bharadwaj.

Bharadwaj berkata, terdapat kira-kira 70 orang berada di dalam bangunan itu ketika kebakaran berlaku.

“Tiada pintu kecemasan untuk keluar dari kebakaran dan menyebabkan kebanyakan yang meninggal dunia akibat sesak nafas,” katanya.

Bharadwaj berkata, setakat ini punca kebakaran masih tidak diketahui namun memaklumkan bahawa premis itu digunakan sebagai pejabat dan tempat penyimpanan bahan bungkusan kertas.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pegawai Bomba, Sunil Choudhary memaklumkan bahawa jumlah mangsa cedera melebihi 25 orang, dan mereka kini sedang menerima rawatan.

Choudhary berkata, bahawa ada mangsa yang cedera adalah disebabkan terjun daripada bangunan berkenaan.

Pegawai bertugas tidak menolak kemungkinan angka kematian akan terus meningkat.

New Delhi yang mempunyai 20 juta penduduk itu kini mengalami gelombang panas melampau dengan suhu sehingga 46 darjah Celsius direkodkan di beberapa tempat.

Bulan lalu, gelombang haba menyebabkan tempat pembuangan sampah yang besar terbakar selama berhari-hari, sekali gus menambahkan pencemaran udara.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button