Berita Utama

Jakim kemaskini takwim 2022 edisi Syawal

Perubahan hanya babit bulan Mei, tak libat bulan-bulan lain

BANGI, 13 Syawal 1443H, Sabtu – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan Takwim 2022 Miladiah/1443-1444 Hijriah bagi Malaysia (Edisi Kemaskini Syawal 1443H).

Takwim baharu itu dikeluarkan berikutan perubahan tarikh 1 Syawal 1443H yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jatuh pada 2 Mei (Isnin) berbanding Takwim 2022 yang dikeluarkan sebelum ini bertarikh 3 Mei.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim, Zakaria Othman berkata, perubahan itu hanya membabitkan bulan Mei 2022/Syawal 1443H sahaja, manakala bulan-bulan lain tidak terlibat dengan perubahan ini.

“Takwim ini boleh dirujuk di dalam laman web Jakim http://www.e-solat.gov.my/,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jakim berharap, melalui takwim itu dapat membantu melancarkan lagi penyusunan aktiviti harian, ibadat dan urusan kehidupan umat Islam di negara ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button