Pendapat

Kemelut negara yang tidak berkesudahan

Kegagalan akan berulang jika berputar pada kitaran yang sama

DEBAT perdana antara Najib dan Anwar.

Yang penting forensik audit perlu dibuat selamat pun perlu. Yang bersalah perlu dihukum. Bukan selamatkan sahaja tanpa membuat sebarang siasatan menyeluruh kebobrokan pengurusan yang berlaku.

Malaysia memerlukan perubahan yang menyeluruhkan melibatkan keseluruhan sistem yang sedia ada. Perubahan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial. Kegagalan yang sama akan berulang dan berakhir dengan keruntuhan jika negara kita masih berputar dengan sistem yang sama walaupun berlaku pertukaran kerajaan dan kepimpinan. Kegagalan akan berulang jika kita berputar pada kitaran yang sama.

Lihat sahaja kepada politik, setelah 60 tahun merdeka politik Melayu sebagai tonggak negara semakin lemah walaupun diperintah oleh parti-parti Melayu dalam tempoh yang begitu lama. Begitu juga dalam ekonomi, pencapaian ekonomi Melayu tidak pernah melebihi 20 peratus walaupun diperintah oleh parti-parti Melayu bahkan semakin menurun.

Sudah banyak laungan, slogan dan dasar yang dicanangkan tetapi sejarah membuktikan politik, ekonomi dan sosial bangsa Melayu semakin merudum walaupun kita merdeka melebihi 60 tahun. Sinar belum kelihatan, apa yang berlaku ialah perebutan kuasa kemelut politik yang tidak berkesudahan. Rakyat yang menjadi mangsa kerakusan ahli politik berebut kuasa dan pangkat.

Bicarawara, debat dan lain-lain media hanya pemanis kata dan pelaris bicara untuk meraih undi semasa pilihanraya.

Ustaz Sharipudin Abdul Kadir
Ketua Perhubungan ISMA Negeri Kelantan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button