Berita Utama

13 individu terperangkap kepala air di Maran diselamatkan

6 anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian

KUANTAN, 14 Syawal 1443H, Ahad – Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan 13 individu yang terperangkap dalam kejadian kepala air di Lubuk Ujik, Taman Che Minah Sayang, Maran, hari ini.

Penolong Pe­ngarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.07 petang, sebelum enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran digerakan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sejurus tiba, pihaknya mendapati terdapat enam orang dewasa dan tujuh kanak-kanak terdiri daripada dua keluarga dari Muadzam Shah, Rompin terkandas dalam kejadian kepala air itu.

“Operasi menyelamat dilaksanakan menggunakan peralatan personal flotation devices (PFD) dan tali dengan cara teknik river crossing. Kesemua mereka berjaya diselamatkan dan operasi tamat pada 4.10 petang,” kata Ismail dalam kenyataan hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button