Pendapat

Adab penuntut al-Quran

Mereka yang membawa al-Quran membawa panji-panji Islam

1. AL-IMAM Fudhail bin Iyad, seorang tokoh Islam silam pernah berpesan kepada penuntut ilmu al-Quran agar menjaga beberapa adab penting dalam membawa ilmu-ilmu al-Quran. Antaranya beliau menegaskan bahawa mereka yang membawa al-Quran ini (yang menghafal dan mengkajinya) adalah orang yang membawa panji-panji Islam.

2. Mereka yang membawa panji Islam ini tidak seharusnya mempunyai sikap yang sama seperti manusia lain. Mereka tidak berhibur dengan dunia seperti orang lain. Hiburan mereka hanyalah al-Quran.

3. Malah mereka tidak melakukan perkara yang sia-sia. Ungkapan Fudhail ini dinukilkan oleh al-Imam al-Ajuri yang menyebutkan:

حامل القرآن حامل راية الإسلام فلا ينبغي أن يلهو مع من يلهو ولا يسهو مع من يسهو ولا يلغو مع من يلغو تعظيماً لحق القرآن

“Pembawa al-Quran itu (penuntut al-Quran dan pengkajinya) adalah orang yang memikul panji Islam. Maka janganlah mereka melakukan perkara yang lalai bersama dengan orang yang lalai, melakukan perkara yang melekakan (melupakan diri mereka) dan mereka tidak sepatutnya melakukan perkara yang lagha (sia-sia) sebagai satu penghormatan dan kemuliaan buat al-Quran.” (al-Ajuri, Akhlak Hamalat al-Quran)

4. Oleh yang demikian, bagi bagi para penuntut al-Quran yang memegang, menghafal dan menyimpan kalimah-kalimah Allah ini, hendaklah menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia, apatah lagi perkara dosa dan maksiat.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button