Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Afghanistan tawar lebih 7,000 jawatan kosong guru, kakitangan pentadbiran

Kira-kira 3,000 kekosongan dikhususkan untuk golongan wanita

KABUL, 14 Syawal 1443H, Ahad – Kementerian Pendidikan mengumumkan lebih 7,000 jawatan bagi mengisi kekosongan guru dan kakitangan pentadbiran di lapan wilayah di Afghanistan.

Kira-kira 3,000 kekosongan dikhususkan untuk golongan wanita sahaja.

Timbalan Perdana Menteri II, Abdul Salam Hanafi berkata, Kementerian Pendidikan sedang mempertingkatkan tahap kesihatan dan sektor pendidikan kini menjadi keutamaan dalam pentadbiran negara.

“Dalam usaha menyediakan perkhidmatan terbaik dalam sektor kesihatan dan pendidikan di seluruh Afghanistan, terdapat peningkatan ketara dalam pembentukan jabatan-jabatan dalam bidang pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengurusan Kualiti Sumber Manusia di Kementerian Pendidikan, Abdulhaq Sadiq pula berkata, 7,000 kekosongan bagi jawatan guru dan kakitangan pentadbiran yang diumumkan merupakan penghormatan kepadanya di Kementerian Pendidikan serta negara pentadbiran Islam.

Walaupun pihak kementerian tidak memaklumkan tarikh sebenar pembukaan sekolah bagi pelajar perempuan di gred enam dan ke atas namun pihak berkuasa berkata, ia akan memberi tumpuan kepada bidang sains moden dan pendidikan Islam.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, sehingga kini terdapat kekurangan jawatan di 24 wilayah selepas golongan guru wanita tidak dibenarkan mengajar pelajar lelaki.

Kementerian dalam masa sama menyatakan sekolah-sekolah khusus untuk pelajar perempuan bagi gred enam ke atas akan dibuka dalam masa terdekat.

Namun tidak menyatakan tarikh khusus bagi memulakan sesi persekolahan berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button