Uncategorized

Korea Utara lapor 15 kes kematian akibat COVID-19

Semua wilayah, bandar dan daerah telah ditutup, pemeriksaan ketat sedang dijalankan

SEOUL, 14 Syawal 1443H, Ahad – Korea Utara pada Ahad melaporkan 15 kematian akibat COVID-19 dan 296,180 lagi kes jangkitan, tiga hari selepas negara itu mengumumkan kes pertama, lapor Agensi Berita Yonhap.

Angka kematian mencecah 42 dan mereka yang mengalami simptom demam telah melebihi 820,620 sejak akhir April, menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Lebih 496,030 sembuh setakat ini dan sekurang-kurangnya 324,550 pesakit kini menerima rawatan.

Data dikeluarkan “ibu pejabat pencegahan wabak kecemasan negara.”

Dengan “langkah kecemasan yang pantas” diambil bagi mengekang penularan virus itu, menurut KCNA ,  ramai yang mati “akibat kecuaian pengambilan ubat kerana kekurangan pengetahuan dan pemahaman tentang jangkitan varian Omicron.

Semua wilayah, bandar dan daerah di negara ini telah ditutup dan unit kerja, pengeluaran dan kediaman dihentikan sejak 12 Mei serta pemeriksaan ketat dan intensif terhadap semua orang sedang dijalankan.

Khamis lalu, Utara mengumumkan jangkitan varian Omicron selepas negara itu mendakwa ia bebas daripada COVID-19 dua tahun lalu. – bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button