Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Perang Ukraine-Russia: India haramkan eksport gandum serta-merta

Perlukan bekalan domestik untuk diagihkan kepada rakyat

NEW DELHI, 14 Syawal 1443H, Ahad – India telah mengharamkan eksport gandum ke luar negara berkuat kuasa serta-merta sebagai mengelak risiko keselamatan makanan berikutan kesan peperangan di Ukraine.

Notis yang dikeluarkan Direktorat Pedagangan Luar memaklumkan, kenaikan harga gandum global mengancam keselamatan makanan di negara tersebut dan beberapa negara jiran.

Matlamat utama kini adalah untuk mengawal kenaikan harga domestik gandum berikutan harga global meningkat sehingga 40 peratus sejak awal tahun ini.

Sebelum berlaku peperangan Ukraine, Russia menyumbang satu pertiga daripada eksport gandum dan barli dunia.

Dalam masa sama, penuaian gandum di India mengalami gelombang haba sekali gus menyebabkan pengeluaran terbantut.

Walaupun India merupakan pengeluar gandum kedua terbesar di dunia namun rakyat menggunakan gandum untuk kegunaan sendiri.

Selain masalah cuaca yang menjejaskan hasil tuaian, India juga memerlukan bekalan untuk kegunaan domestik selepas diagihkan secara percuma kepada rakyat ketika pandemik COVID-19, baru-baru ini.

Justeru bagi mengimbangi bekalan dan permintaan, kerajaan memerlukan kira-kira 25 juta tan gandum setiap tahun untuk program kebajikan yang diberikan kepada lebih 80 juta penduduk. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button