Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Perwakilan UMNO setuju pinda perlembagaan parti

Pemilihan parti diadakan dalam tempoh 6 bulan selepas PRU akan datang

KUALA LUMPUR, 14 Syawal 1443H, Ahad – Perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO Khas (PAU Khas) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini bersetuju untuk meminda perlembagaan parti, yang kini menyaksikan pemilihan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum akan datang.

Parti itu meminda Perkara 10.16.1, 15.3 serta 18.2 perlembagaannya untuk tujuan ini.

Pindaan itu dibentangkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dengan pindaan Perkara 10.16.1, majlis tertinggi boleh menangguhkan pengundian di peringkat majlis tertinggi, bahagian dan cawangan.

Penangguhan itu tidak boleh melebihi 18 bulan dari tarikh sepatutnya pilihan raya atau dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum.

Pindaan kepada Perkara 15.3 kini membolehkan majlis tertinggi menangguhkan pemilihan parti bagi tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri, tetapi ini mesti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum.

Berikutan pindaan kepada Perkara 18.2, pengundian bagi ketua cawangan, timbalan dan 15 ahli jawatankuasanya boleh diadakan selepas pilihan raya umum.

Pindaan itu mendapat sokongan sebulat suara daripada 2,586 perwakilan yang hadir.

UMNO telah menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lepas, yang bermakna pemilihan parti bagi penggal 2021/2023 mesti diadakan sebelum 30 Disember tahun ini.

Bagaimanapun, PAU pada Mac lalu bersetuju untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membolehkan parti itu memberi tumpuan kepada pilihan raya umum.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button