Berita UtamaDunia

50,000 pelarian Rohingya lari dari kebakaran besar di kem Cox’s Bazar

7 orang termasuk 2 kanak-kanak dikenal pasti maut: Bomba

COX’S BAZAR, 10 Syaaban 1442H, Rabu – Kebakaran besar di kem pelarian Rohingya di Bangladesh telah memaksa sekurang-kurangnya 50,000 orang melarikan diri manakala tujuh orang mati, kata pegawai dan pekerja bantuan.

Ini adalah kebakaran ketiga yang melanda kem itu dalam empat hari.

Pegawai mengatakan, kebakaran terbaru nampaknya bermula pada hari Isnin di salah satu daripada 34 kem – yang meliputi sekitar 8,000 ekar (3.237 hektar) tanah – sebelum merebak ke tiga kem lain.

Anggota bomba dilaporkan mengawal kebakaran sekitar tengah malam.

“Kami mengenal pasti seramai tujuh orang telah mati termasuk dua kanak-kanak, seorang wanita dan empat lelaki dewasa,” kata ketua bomba tempatan, Shahdat Hossain kepada agensi berita AFP.

Pejabat pelarian dan polis, bagaimanapun, belum mengesahkan kematian.

“Itu adalah kebakaran terbesar sejak masuknya Rohingya pada bulan Ogos 2017. Kira-kira 1,500-2,000 kem benar-benar musnah,” kata wakil ketua pesuruhjaya pelarian pemerintah, Shamsud Douza kepada AFP.

Douza mengatakan makanan telah dihantar kepada pelarian yang terlantar dan pekerja bantuan berusaha memberikan semua sokongan kemanusiaan yang diperlukan.

Inspektor polis, Gazi Salahuddin berkata, kebakaran itu memaksa sekitar 50,000 orang yang berlindung di rumah saudara mereka di kem lain.

Hampir satu juta minoriti Muslim yang dianiaya dari Myanmar – kebanyakan dari mereka melarikan diri dari tindakan keras tentera di tanah air mereka pada tahun 2017 – hidup dalam keadaan sempit dan kotor di kem di daerah Cox’s Bazar di tenggara Bangladesh. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button