Berita Utama

300 rumah di sekitar Kuala Kedah terjejas banjir kilat

Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka

ALOR SETAR, 15 Syawal 1443H, Isnin – Kira-kira 300 rumah penduduk di Kampung Cina dan kawasan sekitarnya di Kuala Kedah di sini terjejas banjir kilat susulan air pasang serta hujan pada 12 tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12.13 tengah hari namun setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

“Pihak bomba hanya melakukan pemantauan di kawasan terlibat. Kesemua mangsa yang terjejas telah berpindah sendiri ke kawasan selamat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut jurucakap itu, berdasarkan maklumat terkini diterima pihaknya, paras air yang dianggar sedalam 0.3 meter itu mulai surut dan semua jalan boleh dilalui kenderaan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button