Dunia

COVID-19: Shanghai mahu kembali hidup normal mulai 1 Jun

15 dari16 daerah sudah hapus kes luar kawasan kuarantin

SHANGHAI, 15 Syawal 1443H, Isnin – Shanghai berhasrat untuk menarik sekatan akibat COVID-19 bagi membolehkan semula kehidupan normal bermula 1 Jun ini.

Perkara itu diumumkan Timbalan Datuk Bandar, Zong Ming selepas mengisytiharkan 15 daripada 16 daerahnya telah menghapuskan kes di luar kawasan kuarantin.

Menerusi sidang media secara atas talian hari ini, Ming memberikan tempoh jelas untuk kira-kira 25 juta penduduk bandar itu kembali kepada kehidupan normal selepas berdepan penutupan selama lebih enam minggu.

Pegawai Shanghai mengisytiharkan wabak di bandar itu terkawal, tetapi kekal meneruskan matlamat mencegah penularan virus dan pemulihan jangkitan sehingga 21 Mei.

Ini bermaksud banyak sekatan yang dikuatkuasakan di bandar itu akan kekal.

Menghapuskan kes di luar kawasan kuarantin adalah syarat utama untuk meneruskan kehidupan normal di bawah dasar sifar COVID-19 yang ketat di China.

Shanghai merancang untuk meningkatkan penerbangan domestik dan perkhidmatan kereta api secara berperingkat, selain mulai Isnin akan membuka semula pasar raya, kedai serbaneka serta farmasi.

Penutupan Shanghai bersama sekatan COVID-19 di banyak bandar lain di China telah menjejaskan ekonomi negara itu dan mengganggu rantaian bekalan global.

Aktiviti ekonomi merosot dengan mendadak pada April apabila penutupan COVID-19 secara meluas, dan menjejaskan penggunaan, pengeluaran perindustrian serta pekerjaan yang menambah kebimbangan bahawa ekonomi boleh menyusut pada suku kedua. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button