Berita UtamaDuniaUncategorized

FAJ mahu terlibat siasatan terperinci pembunuhan Shireen Abu Aqla

Kecam tindakan Facebook keluarkan video berhubung kematian tragis itu

KAHERAH, 15 Syawal 1443H, Isnin – Persekutuan Wartawan Arab (FAJ) berhasrat menyertai kesatuan-kesatuan Arab lain dan terlibat dalam siasatan terperinci berhubung kematian wartawan, Shireen Abu Aqla yang dibunuh oleh tentera Israel, baru-baru ini.

FAJ memaklumkan akan membentangkan laporan dokumentasi berhubung pembunuhan Shireen kepada Kesatuan Peguam Arab, Kesatuan Penulis dan Pertubuhan Hak Asasi Kemanusiaan Arab.

Kesemua badan berkenaan akan membentuk jawatankuasa yang menguruskan siasatan berkenaan.

Dalam masa sama, FAJ secara tegas mengecam tindakan Facebook selepas rangkaian media sosial berkenaan mengeluarkan semua video pembunuhan Shireen di platformnya.

Tindakan itu disifatkan sebagai melanggar prinsip, etika dan nilai kemanusiaan.

Malah, FAJ menuntut supaya Facebook memuat naik semula semua video dan berhenti berpihak kepada pembunuh.

Sehingga kini rejim Zionis dan Palestin masing-masing bertelagah dalam siasatan pembunuhan Shireen sekali gus menyebabkan beberapa pertubuhan melancarkan siasatan secara bebas.

Satu pasukan penyelidikan bebas berkata, penemuan awal daripada saksi menyatakan wartawan kanan itu dibunuh oleh tentera pengganas Israel.

Hasil siasatan berkenaan boleh membentuk pendapat antarabangsa mengenai individu yang bertanggungjawab atas kematian Shireen.

Rabu lalu, Shireen yang berkhidmat selama 25 tahun sebagai wartawan dibunuh oleh tentera rejim Zionis ketika beliau membuat liputan di Kem Pelarian Jenin, Tebing Barat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button