Dunia

Gelombang haba di India cecah 49.2 darjah Celcius

Orang ramai diingat berjaga-jaga hadapi suhu dijangka kekal tinggi

NEW DELHI, 15 Syawal 1443H, Isnin – Gelombang haba yang kuat melanda utara India kini sudah mencecah suhu 49.2 darjah Celcius di bahagian ibu negara, New Delhi.

Ia adalah gelombang haba kelima di ibu negara sejak Mac lalu.

Pihak berkuasa negara berterusan mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga berdepan suhu yang dijangka kekal tinggi.

Cuaca panas melampau itu berisiko kepada golongan yang terdedah termasuk bayi, warga emas dan penghidap penyakit kronik.

Jabatan cuaca India berkata, beberapa negeri seperti Himachal Pradesh, Haryana, Uttarakhand, Punjab dan Bihar menyaksikan peningkatan suhu yang tinggi sejak beberapa hari lalu.

Gelombang haba yang teruk menyebabkan berjuta-juta penduduk berdepan terputus mata pencarian.

Awal bulan ini, Perdana Menteri, Narendra Modi meminta ketua menteri negeri merangka rancangan untuk mengurangkan kesan panas melampau apabila suhu meningkat lebih cepat daripada biasa.

Walaupun gelombang haba adalah perkara biasa di India, terutama pada bulan Mei dan Jun, namun musim panas bermula awal tahun ini dengan suhu tinggi dicatat dari Mac.

Menurut Pusat Sains dan Alam Sekitar, gelombang panas pada awal tahun ini telah menjejaskan sekitar 15 negeri, termasuk utara Himachal Pradesh – yang biasanya terkenal dengan suhu biasa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button