Berita Utama

Usaha bantah jual arak giat dilakukan di seluruh negara: Naib Presiden ISMA

Usaha ini akan dilakukan berterusan walaupun terpaksa ambil masa lama

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 15 Syawal 1443H, Isnin – Usaha membantah penjualan arak di kedai serbaneka akan terus dipergiatkan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) termasuk di peringkat cawangan di seluruh negara.

Naib Presiden ISMA , Ustaz Mohd Noor Azib Asmangi berkata, buat masa ini, usaha diteruskan dengan memberi tekanan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menghantar surat bantahan.

Selain meminta mereka memantau penjualan minuman keras di kawasan-kawasan majoriti penduduk Melayu, katanya.

“Selain daripada wakil ISMA sendiri yang turun padang menyerahkan surat bantahan penjualan arak kepada wakil premis perniagaan, kita juga turut menghantar kepada PBT.

“Kita juga dapat sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dalam menjayakan agenda ini,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Ustaz Noor Azib menambah, usaha tersebut akan dilakukan secara berterusan selain menjadi kewajipan kepada umat Islam supaya mengelak daripada perbuatan menjurus ke arah perkara yang tidak bermanfaat.

Beliau berkata, selain Melaka Tengah dan Bangi, beberapa negeri lain telah menghantar surat bantahan di premis-premis perniagaan yang menjual minuman keras.

Malah, pihaknya juga menerima maklum balas positif dari PBT dalam menangani permasalahan ini.

“Usaha ini akan dilakukan berterusan walaupun terpaksa mengambil tempoh masa yang lama.

“Semuanya ini dilakukan sebagai menangani dan mengelak perkara buruk berlaku kesan daripada pengambilan minum keras,” katanya.

Beliau juga yakin penjualan arak dapat ditangani sekiranya semua pihak serius selain berganding bahu menanganinya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button