Dunia

Elisabeth Borne dilantik PM baharu Perancis

Wanita kedua menyandang jawatan itu selepas Edith Cresson

PARIS, 16 Syawal 1443H, Selasa – Presiden Emmanuel Macron pada Isnin melantik Elisabeth Borne sebagai Perdana Menteri baharu Perancis, lapor Xinhua.

Borne, 61, merupakan bekas Menteri Pengangkutan, Ekologi dan Buruh.

Beliau adalah wanita kedua menyandang jawatan itu selepas Edith Cresson (1991-1992) di bawah Presiden Francois Mitterrand.

Borne menggantikan Jean Castex, yang mengetuai barisan kabinet Perancis pada Julai 2020 tetapi meletak jawatan lebih awal pada Isnin.

Pertukaran kerajaan telah dijangka sejak 24 April, apabila Macron memenangi pilihan raya presiden menentang pemimpin sayap kanan Marine Le Pen.

Penggal lima tahun kedua Macron secara rasmi bermula pada Sabtu.

Borne menyokong Macron dalam pilihan raya presiden 2017 dan kemudian menyertai parti La Republique en Marche. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button