Berita UtamaDunia

Dubai perkenal sistem pintar di semua bas sekolah

Skrin akan bunyi apabila pemandu bawa bas secara bahaya

AJMAN,17 Syawal 1443H, Rabu – Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam Ajman (APTA) memasang sistem pintar di semua bas sekolah bagi memantau tingkah laku pemandu dalam usaha memastikan keselamatan kanak-kanak.

Pengarah Eksekutif Pengangkutan Awam dan Perlesenan, Eng Sami Ali Jallaf berkata, langkah ini adalah sebahagian tanggungjawab sosial APTA untuk memantau keselamatan pelajar yang menggunakan khidmat bas sekolah.

Sami Ali menjelaskan, salah satu daripada sistem yang diperkenalkan adalah pemberitahuan secara automatik melalui skrin apabila mengesan selekoh, pemanduan melebihi had serta brek yang mendadak – antara tabiat pemanduan berbahaya.

Bagi peringkat permulaan sebanyak 10 buah bas sekolah dipasang dengan sistem pintar menerusi fasa percubaan.

Bagaimanapun beliau menegaskan sekiranya sistem pintar berfungsi dengan sempurna, sistem akan diteruskan kepada semua bas sekolah di seluruh Dubai.

APTA juga mengadakan ujian psikologi kepada pemandu-pemandu bas sebagai syarat permit bagi memastikan pemandu bertauliah yang bertanggungjawab membawa pelajar. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button