Berita UtamaDunia

Pelajar perlu patuhi etika uniform sekolah: Taliban

Mahu semua pihak patuh dengan peraturan ditetapkan

KABUL,17 Syawal 1443H, Rabu – Pembukaan sekolah bagi pelajar-pelajar perempuan di seluruh Afghanistan kini bergantung kepada syarat etika pemakaian uniform.

Perkara itu dikeluarkan Menteri Dalam Negeri Afghanistan Sirajuddin Haqqani dalam temubual eksklusif bersama CNN berkata, setiap ibu bapa dan penjaga perlu mematuhi dan menghormati dengan etika pemakaian sekolah apabila ditetapkan tidak lama lagi.

“Sekiranya ibu bapa atau penjaga membenarkan anak mereka bersekolah mereka perlu patuh dan akur dengan etika pemakaian uniform yang ditetapkan pentadbir.

“Kami berusaha untuk menetapkan syarat ini supaya dapat memastikan keselamatan dan kehormatan pelajar sentiasa terjaga sepanjang berada di sekolah,” katanya.

Sirajuddin menambah, pihaknya kini meletakkan sektor pendidikan sebagai keutamaan dan perlu diberikan perhatian.

Awal tahun ini Taliban menghalang semua pelajar perempuan di peringkat menengah meneruskan sesi persekolahan sehingga pelan sesi persekolahan yang mematuhi undang-undang Islam diwujudkan.

Keputusan tersebut dibuat selepas Menteri Pendidikan memberi jaminan kepada semua pelajar untuk kembali bersekolah selepas penangguhan sesi persekolahan yang melibatkan pelajar di peringkat sekolah menengah.

Sejak Taliban mengambil alih pentadbiran pada Ogos tahun lalu selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS), ekonomi negara berdepan masalah selain pentadbiran Islam yang menghadkan pergerakan kepada golongan wanita dan remaja perempuan.

Malah pendidikan terhadap golongan wanita juga dihadkan termasukan peluang pekerjaan kepada kaum hawa.

Bulan lalu, Taliban mengeluarkan peraturan baharu dengan mewajibkan golongan wanita menutup keseluruhan badan dari kepala hingga ke kaki ketika berada di tempat awam.

Sirajuddin berkata, pihaknya komited menjaga hak terhadap hak setiap individu di negara pentadbirannya.

Malah menyifatkan pemakaian burqa tersebut sebagai mewujudkan persekitaran bermaruah bagi kaum wanita. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button