Berita UtamaDunia

Peneroka haram Israel didakwa sengaja rempuh wartawan

Serangan kepada petugas media bagi tutup kebenaran

NABLUS, 17 Syawal 1443H, Rabu – Atas dasar mahu menutup serangan keganasan, seorang peneroka haram Israel sanggup merempuh wartawan foto agensi berita Perancis (AFP).

Bagaimanapun, wartawan foto yang dikenali sebagai Jaafar Shtayeh terselamat daripada serangan berhampiran pusat pemeriksaan tentera Huwara, di selatan bandar Nablus di Tebing Barat yang diduduki.

Shtayeh memberitahu agensi berita Palestin WAFA bahawa dia berada berhampiran pusat pemeriksaan tentera untuk melaporkan insiden yang membabitkan kecederaan Ismail Abu Sabra akibat tembakan tentera rejim Zionis.

Katanya, ketika dia melaporkan insiden itu, seorang peneroka haram yang memandu bas cuba untuk melanggarnya.

Beliau mendakwa tindakan itu adalah disengajakan, dengan menyatakan bahawa liputan berita baru-baru ini menjadi lebih berbahaya.

Bahkan katanya, tentera dan peneroka Israel menyasarkan secara langsung wartawan yang bertujuan untuk menutup kebenaran.

Sebelum ini, wartawan veteran Al Jazeera, Shireen Abu Aqla ditembak mati oleh tentera Israel ketika dia membuat liputan serbuan ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki.

Al Jazeera dan kementerian kesihatan Palestin mengesahkan kematian Shireen, 51, seorang tokoh terkemuka dalam perkhidmatan berita Arab saluran itu. – Agensi

Pautan terdahulu;

FAJ mahu terlibat siasatan terperinci pembunuhan Shireen Abu Aqla

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button